WELCOME / SELAMAT DATANG KE BLOG SKPL KENINGAU

Selamat datang dan selamat berkenalan. Terima kasih kerana melawat dan kalau sudi, datanglah lagi.
Welcome to our blog. Thanks for visiting and please come again next time any time...
Alamat kami / Our Address
Sekolah Kebangsaan Patikang Laut, P.O.Box 397, 89008 Keningau, Sabah, East Malaysia. Tel & Fax: 087-336916. email: skpatikanglaut09@gmail.com / Facebook: SK Patikang Laut

Anda pelawat ke / You are visitor #

Website counter

Search / Cari

Thursday, October 9, 2008

SEJARAH PENUBUHAN & PEMBELAJARAN SKPL KENINGAU (1987-1988)

1987


1988


1996


1996

TAPAK SEKOLAH
Pada asalnya tapak Sekolah Kebangsaan Patikang Laut ini merupakan sebuah kawasan padang ragutan (Grazing Reserve) Kampung Patikang Laut dan Patikang Ulu keningau, atas usaha gigih ketua kampung Patikang Laut, Encik Jual Tamanja dan mendapat sokongan daripada semua penduduk kedua masyarakat kampung Patikang Laut dan Ulu maka padang ragutan tersebut telah berjaya diagih-agihkan kepada semua penduduk kedua buah kampung.

Pada masa yang sama juga Encik Jual Tamanja dan beberapa orang lagi amat prihatin dan berpandangan jauh demi masa hadapan kedua buah masyarakat kampung ini telah merancang dan mencadangkan tapak ini sebagai tapak sekolah yang berkeluasan 6 ekar, rancangan dan cadangan tersebut juga mendapat sokongan daripada semua penduduk.

Pada tahun 1987, JKKK Kg. Patikang Laut Keningau telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembinaan bangunan sekolah ini, atas sokongan semua penduduk maka kutipan derma diadakan untuk membeli alat bina dan gotong royong membersih kawasan dan seterusnya membina bangunan sekolah.

PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Patikang Laut Keningau terletak 8 Kilometer jauhnya dari Bandar Keningau dan telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1987. Pada awalnya dua buah bangunan sekolah ini didirikan secara bergotong royong oleh penduduk Kampung Patikang Laut dan Patikang Ulu.

Bangunan sekolah yang pertama berukuran 70 kaki panjang, 24 kaki lebar dan 10 kaki tinggi, mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Mula dibina pada 31/10/1987 secara gotong-royong atas inisiatif pengerusi JKKK Kg. Patikang Laut En. Azmi Atil Amat.

Bahan-bahan binaan asas bangunan tersebut telah dibeli oleh JKKK iaitu hasil kutipan derma ikhlas semua penduduk kampung, guru-guru besar daerah Tenom, Binai Workshop Tenom dan orang perseorangan di daerah Keningau.

Bahan-bahan lain yang tidak mencukupi seperti papan dan beruti telah diperolehi dari Makmuran Sawmill Sdn Bhd Keningau melalui Pegawai Daerah dan Jbt Hutan Daerah Keningau atas inisiatif Pengerusi JKKK kampung tersebut.

Bangunan sekolah telah siap dibina secara gotong-royong pada penghujung bulan Disember 1987 dan perasmian permulaan pembelajaran bagi Tahun 1 dan 2 yang dilakukan oleh Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Bahagian Sekolah-Sekolah Sabah En. Abdul Karim E. Ismail pada 02 Jan 1988.

Pengerusi JKKK En. Azmi Atil Amat menyampaikan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat secara atau tidak langsung dalam pembinaan bangunan sekolah tersebut khususnya Pegawai Daerah Keningau dan Pegawai Penguasa Jbt Hutan Daerah Keningau dan terutama sekali kepada Makmuran Sawmill Sdn Bhd Keningau kerana telah bermurah hati mendermakan papan dan beruti untuk bangunan sekolah ini.

Selepas beberapa tahun kemudian sebuah blok bangunan dibina lagi oleh masyarakat kampung bagi menampung pertambahan murid yang mendadak.

Sekolah ini mula beroperasi seawal bulan Januari tahun 1988 dengan bilangan murid berdaftar seramai 76 orang, Guru Besar (Pemangku) pertama ketika itu ialah Encik Mohd Jaffrin Abdulman dan dibantu oleh lima orang guru. Menjelang tahun 1993 bilangan murid telah meningkat kepada 306 orang dan rekod tertinggi seramai 536 orang murid pada tahun 1997 hingga tahun 2002 sebelum operasi pemutihan pendatang asing tanpa izin.

PENGASAS BERSAMA SEKOLAH SK PATIKANG LAUT, KENINGAU

1. En. Azmi Atil Amat: Bertanggungjawab membuat permohonan dan pendaftaran sekolah. Selain membuat kutipan wang daripada semua penduduk Kampung Patikang Laut dan guru-guru besar di Daerah Tenom. Membeli bahan-bahan asas seperti zing, beruti dan paku. Pada masa itu beliau adalah Penyelia Pelajaran Daerah Tenom juga merangkap Pengerusi JKKK Patikang Laut.


2. En. Imran Itah Amat: Bertanggungjawab membuat pendaftaran kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas untuk permulaan Tahun 1 dan 2 di samping membuat pendaftaran unjuran untuk 5 tahun akan datang (1988-1993). Ketika itu beliau merupakan Guru Besar SK Bulu Silou, Keningau.

3. En. Jual Bin Tamanja: Selaku Ketua Kampung dan bertanggungjawab menyediakan tapak sekolah yang dikeluarkan daripada kawasan tanah ragutan (grazing reserve) seluas 6.19 ekar. Beliau merupakan anak jati Kampung Patikang Laut, Beliau seorang yang mempunyai wawasan serta berpendirian tegas. Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah Jabatan Kerajaan Negeri Sabah diantaranya di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Juru Ukur di Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. (by Nain Bin Jual)